Followers

Tuesday 22 March 2011

✿ ApAm pOLkAdOt ✿


Assalamualaikum wbt,


^_^ 1st resipi nuyul nak share "APAM POLKADOT". Actually nuyul buat apam ni last weekend lepas discharged dari ward. teringin tengok kawan (jila) buat.. dah la baru keluar wad, biasalah org sakit ni kadang3 terigin nak makan mcm3..kadang3 tak nak makan lansung... tapi nuyul buat je, makan nye seketul dua je..yang lain hero3 kt rumah habeskan..




mula3 ingat nak buat sekali kukus je, balance adunan nak simpan utk minum ptg esoknya pulak. Tapi bila angkat je..ZaaaassSSsss HABES.. siap En Suami cakap, " kukus la lagi, kali ni buh filling coklat pulak"
urmm gud idea jugak.. tak sangka tinggi gak selera En Suami ni.....


so nuyul pun kukus la kali kedua buh filling coklat ^_^ nuyul gune jem nuttela je... oooppss lupa nak cakap, 1st tu nuyul buh filling strawberry jam. teringat pulak mase g holiday kt sane ade beli jam, tp sampai sudah tak guna.. ^_^


ok, nak resipi nyer... "SeLaMaT MenCuBa"

✿ Bahan-bahan ✿
Resipi ikhlas dari : Senduk Nuyul


3 biji telur - dari peti sejuk

275 gm tepung gandum 

220 gm gula halus - ( nuyul kurangkan sikit sebab xbrape suka manis. kalau nak campur whipping cream pon boleh)

150gm susu segar/susu cair 

3 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil ovallete 

Filling blueberry/starwbery/coklat secukupnya (masukkan ke dalam piping bag/plastik -pandai3 la adjust) 


Pewarna pilihan masing3

✿ Cara-cara ✿

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. ( sampai kembang, jangan kejap sangat nanti bantat pulak apam tu)



optional : * Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa. 


Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). cth mcm nuyul buat di bawah. ^_^




Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.



Nuyul susun acuan kuih lompang tu, then masukkan cawan kertas kecil dalam tu.. nanti bile die masak takdela herot berot apam tu. jadi chumel~ je nanti. ^_^





Picitkan blueberry/starwbery filling secukupnya.

Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.






Kukus didalam kukusan ( api sederhana) yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.





**inilah hasil selepas dikukus.. maaf gamba tak de kualiti sebab pakai henpon je



✿ TIPS ✿
Panaskan dalam 5-10 minit dulu pengukus tu.


Jangan buka api besar semasa mengukus.  Guna api sederhana je ^_^














0 pEnGkRiTiK:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿