Followers

Monday 16 May 2011

✿ NaSi ToMaTo, AyAm maSak MeRaH & aCaR tOmaTo ✿


Assalamualaikum wbt,


alhamdulillah..akhirnya sempat nak menconteng resipi. Dah lame tak menconteng. he3.. Janji nak update resipi, tp tak berkesempatan. Lagi3 last week blogger buat hal, mmg wassalam la nak update. huhuh~~ ok layan je resipi nasi tomato version yul k... ^^


Resipi ikhlas : Senduk Nuyul





✿ Bahan-bahan ✿


:: Nasi Tomato ::


setengah ekor ayam (potong kecil)
sepeket rempah kari ayam/daging
setengah tin susu cair
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
3 biji bwg putih
garam
bunga lawang
kulit kayu manis
majerin/planta untuk menggoreng
**kacang panjang, kismis, gajus (optional)


:: Cara-cara  ::
1. hiris bwg besar,bwg merah,bwg putih.
2. panaskan planta/majerin kemudian tumis bunga lawang dan kulit kayu manis dan hirisan2 bawang td sehingga naik bau dan kekuning2an.
3. masukkan rempah kari dan tunggu sehingga garing sedikit then masukkan ayam. masak sehingga yaam empuk (tambah air la ye nak bg ayam empok..kalau x jawabnya hangit la ayam tu :P)
4. after ayam dah empok, tuang semua yg dah dimasak ke dalam beras yg dah dibasuh, letakkan susu cair, garam. Tambah kan air dan sukat mcm masak nasi biasa.
5. Bila nasi dah hampir masak, gaul3 bagi rata then masukkan kacang panjang yg dipotong pendek3, gajus dan kismis ikut suke. Biarkan sehingga nasi masak. 


?? kenapa tak de tomato dalam ansi ni?? heheheh.. itulah namenye nasi tomato versi nuyul.. hahahahha ^^




:: Ayam Masak Merah ::


Ayam (goreng separuh masak ye)
Cili Kisar
Sos Tomato
1 biji setengah bwg besar
5 biji bwg merah
4 biji bwg putih
seinchi halia
3 batang serai (ketuk)
garam
gula
daun sup


:: Cara- cara ::
1. Kisar bawang-bawang dan halia
2. Tumiskan serai kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau dan kekuning-kuningan.
3. kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing. (depens u olls nak pedas or biasa3 je ok. kalau nak pedas, extrakan la cili tu)
4. Bila semua dah garing masukkan sos tomato dan air...tunggu didih sikit then terjunkan ayam yg dah digoreng separuh masak.
5. masukkan garam gula secukup rasa. adjust3 la rasa ikut tekak masing3. heheh3
6. bila ayam dah masak semua, hiriskan daun sup dan masukkan kedalam ayam tadi. gaul3 sikit dan boleh angkat.




:: Acar Tomato ::


Tomato
bawang besar
cili api
cili merah
garam
gula


:: Cara-cara ::
Hiriskan tomato, bwg besar, cili merah dan cili api kemudian gaul dgn garam gula. dan simpan di dalam peti sejuk. Nak makan baru ceduk dan hidang.




Sekian je resipi nuyul..kwang3..gile simple...tapi percayalah mmg
nasi tu nak mkn macam tu je pon boleh sbb dah cukup rase dgn ayam, rempah dan sayur2 dalam tu.. heheheh~~ tapi kalau pekena dengan ayam masak merah dan acar tomato tu lg UMMMPHHH... :D


Selamat mencuba ^^

Monday 9 May 2011

✿ MaKaN-MaKaN huJuNg miNgGu ✿


Assalamualaikum wbt,



Entri kali ni tentang makan-makan hujung minggu dekat istana nuyul.. hehehe.. Ni semua berpunca selepas makan-makan dekat Al-Rawsha bulan lepas (kot).. 


Actually kitorang semua berkawan since dari mula Diploma - Degree - Kerja.. lame jugak kitorang berkawan dan alhamdulillah persahabatan ni kekal dan harapnya kekal dengan izinNya..


Benda makan-makan ni xcdent hari sabtu lepas.. Pagi tu ade kenduri dekat shah alam.Kenduri my best buddies dekat office, Mok a.k.a Anwar Ali dengan Loceng (Belle). Semoga korang berdua kekal hingga ke syurga ye ^^ 


Mase nak balik dari kenduri tu En Suami da sesat jalan, Yul dah cakap ikut je jalan yg datang td tapi die saje nak test GPS baru..hambekkkk !! ntah mane3 hala jalan sampai dari jalan bertar sampai ke jalan yang bertanah3.... dah la cuaca panas, dgn memikir kan tak masak lagi. Risau tetamu dtg nanti mknn tak siap.. tawakal tawakal.... nasib baik sebelum pergi kenduri dah siap3 siang ayam, sediakan barang nak masak. So balik dari kenduri, terus tukar baju then berkungfu dekat dapur.


Nasib baik dessert tu buat pagi3...ingatkan nak buat mlm sebelum sbb bg cream tu keras sempurna..tp kepenatan, so buat la pagi3 kejadian.. ^^ dan akhirnya


TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA



Inilah hasilnya...Nasi Tomato versi Nuyul (seyes tak de penggunaan tomato atau puree tomato pon dalam nasi tu :P) berlaukkan Ayam Masak Merah dan Acar Tomato. Dessert plak macam biasa Dessert Favoritas, Triffle Strawberry dan air sekadar Mix Fruit Lychee. kui3



So Layan kan gamba3 nyer.. ade sikit je sbb masing3 dah lapar termasuk Tuan Rumah. Next entry nuyul upload resipi Ayam Masak Merah dan Nasi Tomato k.



mama nisa (LEFT) and mak buyung azwa (RIGHT)..gamba bapak3 kene korek dkt encik suami :P

Tenks kerana sudi membaca. 

Tuesday 3 May 2011

✿ NaSi AyAm CaRa NuYuL ✿


Assalamualaikum wbt,




Entry kali ni sebenarnya menu 2 minggu lepas kot.. huhu~ tak perasan yang resipi ni tak upload lagi...


So sape3 nak try resipi Nasi Ayam ala3 nuyul sila la..
untuk makluman resipi saya tak selazat resipi org lain.. huhuhu~~


so pada sape3 yg sudi cuba tu silalah..yg penting saya suka yang simple3 sahaja... ^^




Resipi Ikhlas : Senduk Nuyul





✿ Bahan-bahan ✿


Ayam :
*1* Rebus setengah ekor / seekor ayam ... setelah ayam setengah empuk, toskan ayam dan simpan air rebusan tadi.
*2* Celup ayam tadi dengan telur dan goreng dengan tepung KFC (T__T simple jugak kan?? haishh saya mengaku saya tak reti masak... huhuhu )




Nasi (untuk 3 pot beras):
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
seinchi halia
bunga lawang
kulit kayu manis
majerin utk menggoreng
2 kiub ayam


*1* Goreng semua barang3 diatas menggunakan marjerin.
*2* Masukkan barang yang sudah ditumis kedalam beras yg telah di basuh
*3* Hancurkan kiub ayam dan masukkan kedalam beras tadi.
*4* Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukat ikut macam masak nasi biasa.(kalau air rebusan x cukup, tambah air biasa)




Sup Ayam :


sup ayam saya

bahagian ayam yg dipotong kecil3
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah biji bawang besar
sedikit halia
sup bunjut
daun sup
garam


*1* Tumbuk bawang merah, bawang putihdan halia
*2* Hiris bawang besar dan tumis bersama3 bahan yang ditumbuk tadi beserta kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau ^^
*3* Masukkan air, ayam, sup bunjut (optional nak letak inoki or kentang or carrot) - nuyul letak sbb nak bagi hero kenit tu makan.. hehehe
*4* Tambah garam ikut suka... hehehehe~~
*5* bila sup dah mendidih, hiris daun sup dan angkat ^^




Sos/Sambal :
cili api
lada merah
sos cili
garam
gula


*1* Blend sume bahan ni sekali..nak pedas extra kan cili api... hehehe~~sangat simple la saya punye resipi ni T__T (sob3)









chef kenit yang banyak 'membantu'






salad3 pelengkap menu




selamat mencuba pada yang sudi... T__T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿