Followers

Friday 29 April 2011

✿ uPdaTe TerkiNi ✿


Assalamualaikum wbt,


Hi kawan3 semua.... Ya Allah seminggu dapur x berasap nampaknye... bukan apa, nuyul sibuk dengan outstation ke Kedah, Perlis dan Pulau Pinang... baru balik smlm masih belum sempat nak pegang senduk, semua pun tapau je.... hehehehhe~~


bila g outstation apa lagi..bila balik rumah masa utk menDOBi kain baju la.....malam ni nak balik johor pulak.... mesti seronok dapat kumpul semua, sbb adik yg keje kt terengganu pon balik... he3 lame tak kumpul ramai3....
bila kumpul semua ni la mase nak suruh mak masak sedap3.... awal3 En Suami dah claim nak suruh mak masak Mee Kari..... so far mee kari mak mmg SUPERB la (standard ayat anak3 kt dunia ni, masakan ibu adalah terbaik)..... mee kari yg ade rangka ayam dalam tu.. slurpppp...terliur plak.... :P


ok insyaAllah next week dapur kembali berasap..pada sape3 yg menunggu kemunculan lauk3 dan dessert3 baru, sila la tunggu ye (ishh ade ke yg tunggu?? perasan kejap)


Selamat bercuti semua, Selamat Hari Pekerja buat semua yg bekerja dan 
Selamat Hari Ibu buat semua ibu3 didunia termasuk diri ini ^^...~~

Friday 22 April 2011

✿ sTraWbeRry TiRamiSu ✿


Assalamualaikum wbt,


Next week kene pergi outstation ke Kedah, Perlis dan Penang, so Ahad ni dah kene bertolak kesana. Jengah3 peti ais ade seketul belen cream cheese. So dari dekat office dah pikir nak buat dessert utk makan3 hujung minggu... dan buat sikit dalam bekas kecik3 utk bawak ke sana.... hehehe~~ So decided utk buat Strawberry tiramisu.. YUMMY


Strawberry Tiramisu


kalau boleh angkut dapur, lipat-lipat masuk dalam handbag memang kompom nuyul bawak dapur kesayangan sekali... hahaha~~ dah !! mengarut je....


Actually mase nuyul post entry kali ni, xsempat pon jamah lagi Tiramisu ni.... balik nt nak jamah, hopefully sedap dan lazat la..kalau ikut rupa luaran nampak lazat... kui3.... 


Resipi ni nuyul jengah kat rumah kak tun..then kak hana then kak nor... wahhhhh....sume org dah cuba... cuma biasela, nuyul adjust3 ikut resipi sendiri.. so sape3 nak resipi asal boleh jengah rumah kakak3 lain k....




Resipi ikhlas : Senduk Nuyul


tak sabar nak makan


Blueberry Tiramisu

✿ Bahan-bahan ✿
Syrup :
200gm strawberry filling
100ml air


*sape nak manis lg boleh tambah 2sudu makan gula icing. tp yul x buat pon sbb xsuka manis. ^^


Cream :
250gm Cream Cheese
250ml Whipping Cream
50gm Gula Icing


Lain-lain:
Sepeket Biskut Tiramisu.


biskut tiramisu



✿ Cara-cara ✿


1. Untuk Syrup, campur semua bahan syrup dan kacau sebati. 
2. Untuk Cream, Pukul Cream Cheese sehingga gebu kemudian masukkan gula icing dan pukul rata. Akhir seklai masukkan whipping cream dan pukul sehingga sebati semuanya.


cth nuyul layer~

3. Tuangkan sedikit syrup, diikuti susu biskut tiramisu kemudian tuangkan sedikit cream. (kalau ade buah potong2 tabur). Ulang langkah tadi utk meLAYER... 




ikut suka masing nak buat brape layer dan bekas mcm mana nak guna.
Nuyul suka buat dalam bekas kenit3 sbb senang makan satu ngap3 habes.... dan senang nak hidang kalau ade org datang rumah... ^^




Simpan dalam fridge biar sejuk dan kemudian boleh ngap~~


Selamat mencuba ^^

Wednesday 20 April 2011

✿ Mee Goreng Basah Seafood ✿


Assalamualaikum wbt,


Sedapnya masih terasa kat tekak walaupun makannya malam td... poyo x? ^^
percaya tak yul masak sekilo mi utk 2 org makan... hahahha... masing3 perut ade biawak.. eh.. ade komodo.... tau ke komodo tu ape? tanya la encik gugel kalau nak tau...


dah la.., tak nak bebel banyak3... layan je resipi kt bawah...


Mee Goreng Basah Seafood
Resipi ikhlas : Senduk Nuyul


✿ Bahan-bahan ✿


sebungkus mee kuning 
1 ulas bawang besar (yul suke letak stgh bwg holland, stgh bwg besar)
3 ulas bawang putih (ni guna saiz besar, kalau kecil guna 5biji -cincang ye)
5 tangkai cili api
sos tiram
sos cili
kicap manis (prefer JALEN ^^)
15 ekor udang harimau (atau mane3 spesis udang besar)
6 ekor sotong
cendawan butang *optional
setengah batang carrot
daun bawang 
daun sup 
sebatang lada merah
garam
air




Close Up



✿ Cara-cara ✿


1. Tumiskan bawang besar (hiris) , bawang putih (cincang) dan cili api (belah dua memanjang) hingga kekuningan. 
2. Masukkan udang (buang muncung) dan sotong (kelar petak3..ikut suka nak mcm mana) dan tunggu sehingga udang bertukar warna. 
3. Kemudian masukkan sos tiram (ni yul letak dalam 8-10 sudu makan), sos cili (2 sudu makan), kicap manis (ikut... sbb yul main tuang je) dan tambahkan sedikit air (air pun pastikan ikut selera masing3 nak basah dan pekat macam mana kuah tu) serta garam (ikut suka masing3 nak masin takat mana) . Biarkan didih sebentar.
4. Terjunkan mee kuning dan gaul rata. Masukkan carrot dan cendawan butang (potong 4)  ke dalam kuali. Agak3 mee dah lembut sikit, masukkan hirisan daun sup, daun bawang serta lada merah. (letakkan tomato kalau suka-belah 4) 
5. Jgn terlalu lama kacau, angkat dan hidang.




panas dalam kuali ~~

Selamat Mencuba ~

Wednesday 13 April 2011

✿ HoMeMadE LaSagNa ✿


Assalamualaikum wbt,


Rase mcm malas pulak nak bebel panjang3.... ni buat menu malam semalam sbb tak dapat pergi pasar malam (hujan lebat T__T)


so x dapat beli stok buah2an.... sedih.. tak pe la... 
layan je resipi kt bawah ni....


yummy



Resipi Ikhlas : Senduk Nuyul


✿ Bahan-bahan ✿


papan lasagna (^^)
daging/ayam cincang
cendawan butang
sos spaghetti (yul guna kimball cendawan)
1 biji bwg holland
2 ulas bwg putih
cheese (mozarella/cheddar)
1 sudu makan mixed herbs
1/2 sudu serbuk lada hitam
garam secukup rasa 
**1 sudu makan olive oil utk rebud papan lasagna (optional) 




✿ Cara-cara ✿


1. rebuskan papan lasagna dengan air dan campurkan sesedu olive oil (x nak bg melekat3)
2. cincang bwh holland dan bawang putih. Tumis dengan sedikit minyak. 


3. masukkan daging cincang dan goreng sehingga empuk. kemudian masukkan sos spaghetti, mixed herbs, lada hitam dan garam.Biarkan didih dan masak sepenuhnya.



4. gunakan mangkuk caserol/loyang. susun papan lasagna kemudian masukkan sos spagethhi yg dah siap masak td. kemudian aturkan hirisan cendawan butang dan tabur cheese (mozarella/cheddar). Ulang langkah ini dan pastikan lapisan cheese paling terakhir atas tabur lebih sikit.



5. bakar dengan suhu 175 celcius selama 15minit sehingga warna cheese keprang2an.



6. angkat dan hidang ^^






ok selamat mencuba ye.

Tuesday 12 April 2011

✿ mArBLe cHeEse BRoWniEs ✿


Assalamualaikum wbt,

My Lil Son x sabar tunggu sejuk ^^

Semalam ade potluck kat office, memandangkan masih ada balanced cream cheese dalam fridge dan gula pon dah habes. Pikir punya pikir, buatlah marble cheese brownies utk potluck..
sbb x payah pakai gula... tp pakai gula castor je? hahaha (apakah??)

jom layan resipi ni..

Resipi ikhlas : Senduk Nuyul
Resipi Asal : Dapor Kak Nor

✿ Bahan-bahan brownies ✿
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B (Yul pakai 2 biji telur A)
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum 
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
(tepung gandum+baking powder+soda bikarbonat diayak together3)1 tsp esen vanilla

✿ Cara-cara brownies ✿
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 celcius. Alas loyang dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

rupa paras sebelum di bakar

✿ Bahan-bahan topping ✿
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

✿ Cara-cara topping ✿
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



dah dibakar ^^


p/s : madah hari ni. eh tetibe ade madah pulak. lebih baik kita mencuba daripada sibuk mengata dan lansung x mencuba...... renung2kan dan selamat beramal....

Friday 8 April 2011

✿ TriPPLe sTrAwBeRRy ChEeSe CAkE ✿


Assalamualikum wbt,


Semalam menjengah rumah kak nor, then tengah jalan2 tu nampak la kak nor punye kek..masyaAllah sedapnye. Kebetulan mak abah dan adik3 jadi nak dtg KL minggu ni.. so mmg sedang elok la buat... dapat jamu kt diorang.


Ni yul share resipi daripada rumah kak nor. Ade derhaka sikit kt resipi :P


Resipi Ikhlas : Senduk Nuyul
Resipi Asal : Kak Nor





✿ Bahan-bahan ✿




Bahan A (base)

250gm cream cracker (yul guna munchys)
200gm butter
3 sudu besar gula

Bahan B (cheese)
500gm cream cheese
350ml whipping cream
350gm gula icing
1 sudu kecik strawberry paste
1 1/2 sudu besar gelatin (yul guna halagel punye ^^)
100ml air

Bahan C (topping)
75ml air
1 sudu besar gelatin yul guna halagel punye ^^)
1/3 cawan strawberry filling (xde..so yul ganti dengan 2sudu besar strawberry paste)
1/2 cawan air
3/4 cawan buah strawberi

Sedikit buah strawberi utk hiasan




 Cara-Cara ✿



bahan A

1. Cairkan butter.
2. Blend biskut dalam blender hingga halus dan Gaulkan dengan butter.
3. Masukkan adunan biskut ni ke dalam loyang dan tekan biar kemas dan padat. (yul guna loyang yang boleh tolak bwh die ^^ xtau ape name)

4.Sejukkan dalam peti ais utk 1/2 jam.



bahan B
1. Masukkan gelatin ke dalam air.
2. Panaskan dengan cara dobule boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.
3. Pukul whipping cream hingga gebu dan pekat.

  
4. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan strawberry paste hingga gula hancur dan adunan menjadi gebu.

5. Masukkan adunan gelatin dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam adunan whipping cream. Gaul dgn whisk hingga rata dan sebati.
7. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan adunan cheese kedalamnya. Ratakan.

8. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3jam utk proses beku sepenuhnya.(derhaka lagi, yul sejukkan 1 stgh jam je ^^)

bahan C
1. Masukkan gelatin ke dalam 75 ml air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut.
2. Kisar buah strawberi dgn 1/2 cawan air. Tak perlu terlalu halus.
3. Tuangkan ke dalam adunan gelatin.
4. Masukkan juga strawberry paste dan kacau hingga sebati.
5. Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya.



5. Tuangkan adunan topping dan ratakan.

6. Masukkan kembali dalam peti sejuk.

Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.

comot sikit ye ^^





potong dan makan ^^
sungguh sedap taw... ^^ cubalah ye....

Thursday 7 April 2011

✿ Kek Batik ✿


Assalamualaikum wbt,





Actually kek batik ni dah lame nuyul buat. Tadi tengahari mase dok transfer-transfer gamba dari enpon cabukku ke pc, nampak plak gamba ni.. (camera pink kesayangan rosak T_T)


mmg favourite kek batik ni... meh la kawan-kawan cuba... ^^


Resipi Ikhlas : Senduk Nuyul
Resipi Asal : Kak Hana




Bahan-bahan


250g @ 1 paket biskut merie
200g @ 1 paket milo
3/4 tin susu pekat (sbb milo dah manis)
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
150g butter
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil nescaffe - optional
2 sudu besar air panas (ni nak bg kek batik tu moist)




Cara-Cara ✿


1.Sediakan loyang dan alas dengan kertas minyak. make sure kertas minyak tu bg lebih sikit dari loyang sbb nanti senang nak keluarkan kek bila dah siap.


2. Satukan semua bahan ke dalam kuali kecuali BUTTER. Masak dengan api yang perlahan sehingga semua bahan sebati.


3.Masukkan butter dan kacau lagi sehingga sebati. Matikan api.


4.Cedok sesenduk adunan dan ratakan dalam loyang, kemudian susun biskut merrie tadi. Ulang langkah ini sehingga adunan habis. **pastikan lapisan atas sekali adalah adunan coklat tadi ye ^^
**nak tengok mcm mana susun biskut tu bila potong jadi cantik, KLIK SINI


5.Tekan laspisan terakhir dengan lebihan kertas minyak tadi. Jgn kuat3 tau, nanti pecah biskut3 tu.. he3.. kemudian simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam 


**nuyul selalu buat malam, so simpan semalaman, esok boleh potong dan hidang..


potong cumel3 je sbb senang masuk mulut ngapp~~

Selamat mencuba.. kali ni lupa nak snap gamba step by step T_T 

Tuesday 5 April 2011

✿ MuRtaBaK maGGi ✿


Assalamualaikum wbt,


Semalam mmg SUMPAH tak de idea nak masak ape balik keje. uwaaaa T_T
bingung giler okey. tanya En Suami die kate nak makan murtabak maggi. mmmm ok jugak tu...


Lagipun daging cincang ade, ermmm belasah jek la buat murtabak maggi...SIMPLE SENANG dan WAJIB CUBA... ^^


Nuyul masak murtabak maggi dengan Baked Potato with Cheezy Beef... hahaha... saje try and error potato tu, tak sangka pulak sedap... huhuh~~ resipi yg ni lain kali eh.... try resipi murtabak dulu..


Our Dinner

Baked Potato with Cheezy Beef



Resipi Ikhlas : Senduk Nuyul

✿ Bahan-bahan ✿


1 paket MAGGI KARI (x kesah jenama ape. yul selalu guna MAGGI atau CINTAN)


2 biji telur


Daging Cincang


Carrot


Sebatang Cili Api 


Daun Sup





✿ Cara-cara ✿


1. Rebuskan maggi tadi sehingga lembut. JANGAN tunag perencah die. kang jadi maggi ^^ asingkan perencah tu. Dah lembut, toskan.


2. Pecahkan 2 biji telur,masukkan daging, carrot yg dipotong dadu, hirisan cili api (nak pedas bubuh la banyak3), hirisan daun sup danrempah maggi kari tadi. Gaulkan semua sampai rata.







3. Masukkan maggi yg tos tu dalam bancuhan tadi. golek-golek..gaul-gaul.... HUMBAN dalam pan ^^ dengan minyak yg sikit je.




goreng dengan minyak sikit ye

4. ok..siap... senang kan... ^^




Murtabak Maggi

p/s : boleh la tambah AJK-AJK lain dalam adunan tadi... ikut kreativiti sendiri dan tekak masing-masing ^^




SELAMAT MENCUBA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿