Followers

Tuesday 12 April 2011

✿ mArBLe cHeEse BRoWniEs ✿


Assalamualaikum wbt,

My Lil Son x sabar tunggu sejuk ^^

Semalam ade potluck kat office, memandangkan masih ada balanced cream cheese dalam fridge dan gula pon dah habes. Pikir punya pikir, buatlah marble cheese brownies utk potluck..
sbb x payah pakai gula... tp pakai gula castor je? hahaha (apakah??)

jom layan resipi ni..

Resipi ikhlas : Senduk Nuyul
Resipi Asal : Dapor Kak Nor

✿ Bahan-bahan brownies ✿
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B (Yul pakai 2 biji telur A)
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum 
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
(tepung gandum+baking powder+soda bikarbonat diayak together3)1 tsp esen vanilla

✿ Cara-cara brownies ✿
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 celcius. Alas loyang dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

rupa paras sebelum di bakar

✿ Bahan-bahan topping ✿
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

✿ Cara-cara topping ✿
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



dah dibakar ^^


p/s : madah hari ni. eh tetibe ade madah pulak. lebih baik kita mencuba daripada sibuk mengata dan lansung x mencuba...... renung2kan dan selamat beramal....

0 pEnGkRiTiK:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿