Followers

Friday 1 April 2011

✿ MaRbLe CHeEsE cAkE ✿


Assalamualaikum wbt.


Malam ni nak balik rumah mak mertua. InsyaAllah ramai berkumpul kat sane wiken ni. So mcm biasa kalauu balik sane mesti nak bawak sumtin... pikir3 la menu ape nak bawak balik kali ni.. En Suami balik3 dok request Triffle die... So Triffle mmg kene buat sbb arahan.. he3


Finally decide nak buat Marble Cheese Cake.. buat kecik je.. ^^

abaikan corak tu..saya tak reti conteng3.. kene belajar lagi.. len kali nak suruh adam conteng3 ^^


Resipi ikhlas : Senduk Nuyul


✿  Bahan-bahan ✿ 
 ---->Base (lapisan bawah)
  • 100g biskut marrie @ OREO @ apa-apa biskut yang sesuai
  • 50g butter - dicairkan 

 ---->Filling Cream Cheese
  • 200g creamcheese (suhu bilik)
  • 80g gula halus
  • 135g yogurt plain @ apa-apa perisa ikut citarasa
  • 10g tepung jagung
  • 1 biji telur saiz B
  • 100ml whipping cream
  • 1/2 sudu besar lemon paste
  • sedikit coklat emelco /masakan - untuk buat marble
  • Loyang loose pan yang dibalut dengan aluminium foil




✿ Cara-cara 
---->Untuk Base (Lapisan Biskut)

1. Hancurkan biskut (gune blender ke..tangan ke) dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti sejuk selama 15-12 minit.

yang tak berapa hancur :P

loose pan alas dengan kertas minyak ye kawan3

ni contoh dah tekan dalam loyang..so masukkan dalam peti sejuk.. ^^

---->Untuk Filling
1. Panaskan oven 150 C.

2. Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan yogurt, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan lemon paste dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.

adunan dah siap ^^

3. Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit coklat emelco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay.

4. Bakar dengan suhu 150C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil).

ni la contoh steam bath.. loyang 4segi tu buh air panas... sila abaikan corak tu ye..huduh ^^


5. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, buka sejuk beku ye) kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti selama 12 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

TIPS : celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru potong cake tu ye.. baru x comot dan smooth je nanti...






marble cheese cake ku ^^




Enjoy the recipe.. dan selamat mencuba.

0 pEnGkRiTiK:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿