Followers

Friday 5 August 2011

Blueberry Cheese Tart


Assalamualaikum wbt,


Seperti yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu seluruh pelusuk alam (poyo la nuyul....) hahaha... malas nak bebel...tak de idea nak taip sebenarnye, jom la layan......


sila abaikan contengan yg tak cantik tu T__T



✿ RESIPI : Blueberry Cheese Tart ✿

Bahan-bahan Crust :

170 gm butter
50 gm gula aising
1 biji telur Gred C (kalau guna gred B, pastikan buang sikit telur putih nye..tak nak bg crust terkeras)
300 gm tepung gandum (actually, tepung ni masukkan sampai doh tu boleh bentuk dan tak melekat ye..tak sememstinya 300 gram dah mencukupi ^^ )
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

                    


Cara-cara untuk Crust :
1.Pukul marjerin dan gula. Jangan pukul lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
p/s : 
**kalau nak doh yang baik, simpan semalaman dalam peti sejuk. Nuyul simpan 3jam je... then nak guna keluarkan..lepas 1jam boleh masukkan dalam acuan ^^
**crust ni boleh kita bakar dan simpan dalam bekas kedap udara, next time nak gune boleh terus guna. satu adunan nuyul dapat dalam 80-90biji ^^


Bahan-bahan Cream Cheese :
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara Cream Cheese : 

1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. 
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

KEMUDIAN.....
Picitkan filling blueberry ke dalam crust tadi (guna piping bag bagi memudahkan kita). 
Actually filling ni banyak jual kat kedai2 menjual barang2 kek.. terpulang untuk buat blueberry ke..strawberry ke.... nuyul buat half blueberry..half lagi kosong... sbb nuyul dan sikenit suke kosong je... ^^

Selepas dah letak filling blueberry tadi, Letakkan (guna piping bag) ke dalam crust yang dah ade filling tu. Penuhkan dampai membuncit :P cheese banyak baru sedap dik non~ 
 
OPTIONAL :
Pada sape2 yang terlebih rajin nak main conteng-conteng atas cheese tart, bolehlah buat mcm corak nuyul buat.. nuyul pon tak reti sgt, still berlatih buat corak..dan selalunya hasilnye comot.. huhuh~ (sungguh tak berseni jari jemariku ini..sob3 T__T)

Ambil sesudu dua adunan cream cheese tadi then warnakan dengan warna pilihan..nuyul buh biru, sbb tak de kaler pepel.. :P

Then masukkan dalam piping bad, potong hujung tu sikit je..kalau besar nanti tak cantik.

Then paipkan macam gamba kt bawah kemudian lorekkan gune pencungkil gigi atau lidi satey :P

             
       

Kalau semua dah siap,bakar 5-10 minit pada suhu 170C. Macam mana nak tau dah masak belum?? kalau rasa cheese tu dah tak melekat bila kita sentuh, maka dengan itu secara rasminya cheese tart anda dah masak..dan boleh di ngapp~

Selamat mencuba ^^

0 pEnGkRiTiK:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿