Followers

Monday 4 July 2011

✿ ReD vELvEt CuPpiEs ✿


Assalamualaikum wbt,



huhuhu~ m00d masih agak kurang memberangsangkan...actuallly ni last week punye cuppies..tp sbb last week dilanda angin ribut taufan dekat office :P so terbawak3 kemalasan nak update blog.


Mesti ramai yg tanya angin ribut taufan?? dekat mana?? office dekat mana??
hahaha..biasalah kalau kerja, ade je yg tak akan puas hati dengan kita..lagi3 kalau diri ni kene berlaku adil kpd 2pihak..ceit~
mmg rase sgt susah..haish...lagi3 bile ade org yg suka mencari kesalahan dan xnak hormat org lain~ 


eh okeyla..malas nak cerita panjang3..hehehe~ baik layan resipi cuppies yg comel ni~ ^^ Kak Nor, nuyul izin share ye




Resipi ikhlas : Senduk Nuyul
Resipi Asal : Kak Nor



✿ Bahan-bahan ✿


5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Merah
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu makan bicarbonate of soda 
1 sudu makan cuka makan



Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.


✿ Cara-cara ✿


1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam acuan cuppies, dan bakar dalam 5-10 minit.



CREAM CHEESE :
250 gram krim keju Phillidephia
1/2 cawan whipping cream
sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk




Boleh hias dengan pelbagai cara tau cuppies tu. Nuyul just paipkan creamcheese tu atas cuppies then serbuk cupcake yg nuyul ramas3 bg hancur, ^^ dengan letak potongan badam ... ^^ mmg syedapppp~


nota : kali ni nuyul terlupa icing tu ..so creamcheese agak tawar T__T nasib baik blend rase dgn kemanisan buah cuppies dan almond..heu~ masih syeedap
bekalan ke opis ^^
Selamat mencuba~

0 pEnGkRiTiK:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿