Assalamualaikum wbt,
Puding Tembikai |
Rasanya dah lame tak post apa-apa resipi kan? hehehe
ade yang rindu x? (cehhh perasan lebey)ok lah....lately mmg bz sikit. mcm-mcm hal berlaku.. xcident la.. pergi berjalan-jalan diterengganu la. kenduri la. mmg rindu nak post sumtin, tp tak berkesempatan.
So memandangkan dah lama tak buat dessert, En Suami pun dah bg hint3..maka terhasillah puding tembikai malam tadi and resipi yg diambil mase datang rumah kak nor. he3 biasalah, nuyul musti derhaka sikit dgn resipi adjust ikut tekak sendiri.
1 peket agar2 10gm
3 keping roti (buang kulit)
4 cawan air
5 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau
1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
2. Sementara tunggu gula dan agar-agar cair,rendam roti (dicarik-carik)ke dalam susu cair
3. Blend halus susu cair,roti dan susu pekat manis.
4. Then bila gula dan agar-agar dah hancur,masukkan bahan
blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.
5. Kacau semua bahan hingga pekat dan didih sedikit, kemudian tutup api.
6. Sediakan loyang, ambil bancuhan dalam 1 cawan dan warnakan dengan warna hijau kemudian tuang kedalam loyang. biarkan keras sikit.
7. Ambil dalam setengah cawan kemudian tuangkan ke atas warna hijau yang dah keras td. biarkan ia keras sedikit.
8. Last sekali, baki bancuhan yang tinggal diwarnakan dengan warna merah/merah jambu dan tabur sikit dgn bijan hitam (kalau tak ada, nuyul beli bijan biasa dan goreng tanpa minyak hingga warna die bertukar ke hitam-hitaman). Then tuang ke dalam loyang tadi.
9. Biarkan sejuk kemudian masuk lah dalam peti ais..bila sejuk boleh potong-potong dan makan.. syedappppp~~
Selamat mencuba semua.
0 pEnGkRiTiK:
Post a Comment