Followers

Tuesday, 31 January 2012

✿ My RaiNboW vELvEt cAkE ✿


Assalamualaikum wbt,

Cake kesukaan family nuyul...hua3.....buat setengah adunan je drpd resipi red velvet, tp nuyul olah jadikan kaler3 and buat checkered...... selalu nmpk org buat ittalian rainbow cake kan? tp nuyul gatai tgn buat rainbow velvet cake..hahahah~ belasah tp jadik dah syedap dan asik dimintak3 oleh Incik Bos dan Incik kenit kat rumah...

1st time nuyul buat kek ni mase burfday Incik Bos..alhamdulillah die suka wlpn cake tu comot :P Jgn gelak tgok gambo kek ni..sbb 1st time mmg xreti lansung nak mendeco rainbow velvet...dah mcm runtuhan bagunan bile tengok gamba cake tu..kui3 ...tapi tak sangka Incik bos suke and request utk buat kali kebrapa x tau dah ni :P



mcm bangunan nak runtuh kan ? :P
from top : purple, blue, yellow, green & red


actually budak kecik ni tgh tido, tp dgr plak ble nuyul nyanyi lagu burfday laju je die bagun duduk kt kerusi mintak kek..
hahahha..lepastu die makan kek bersungguh3 wlpn masih mamai.. :P 

Dah habis interprem gambo besday incik bos bulan 11 tahun lepas...heheh~ nak resipi?? scroll ke bwh k :P


✿ Bahan-bahan Kek ✿

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan serbuk koko (nuyul guna Vochelle)
2 cawan gula kastor
beberapa jenis pewarna ikut suka masing3
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu makan cuka makan

Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.


✿ Cara-cara ✿
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian then letakkan pewarna kesukaan masing3 kepada adunan tadi... gaul sebati k :)
8. Tuang adunan ke dalam loyang. (nuyul guna loyang 8inch) and bakar dalam masa 20-25 minit ikut pada oven memasing k..suhu 175celcius.


**Ulang step 8 sehingga semua kek masak... kalau ade 10warna kek maknenye 10 kali la bakar :P
So kalau nuyul yg malas ni buat 3 kaler je...hahahah~ so 3 kali bakar....


**pssst : kalau nak tau, resipi kat atas tu nuyul buat half adunan je sbb duduk bertiga, x larat nak mengahbiskan 1 adunan besar :P so boleh lah bahagikan kpd 2 resipi kt atas tu..hehehe~ cth 5biji telur, nuyul guna 3bji je :P faham x? hahaha..kalau x faham ley inbox nuyul k ^___^




✿ Bahan-bahan Cream Cheese ✿

500g cream cheese (nuyul suka guna philadephia,/tartura)
125g mentega (nuyul guna unsalted butter),
2 cawan gula aising


✿ Cara-cara ✿
1. Pukul cream cheese sehingga kembang. Ok selalu keluarkan cream cheese tu stgh jam sebelum nak guna.. :P
2. Then masukkan butter dan pukul lagi...(butter ni kalau nk senang potong kecik2 k)
3. Akhir sekali masukkan gula aising and pukul sehingga sebati...
4. Dah siap adunan cream cheese ni bolehla start topping layer by layer pada cake~and hias ikut kesukaan...




Maaf la kawan2, nuyul x sempat nak snap gamba step by step mcm mane kek ni jadi petak3...insyaAllah wiken ni nuyul buat nuyul uplaod gamba k :P


selamat mencuba..... and kalau x faham boleh la inbox k or tinggalkan jejak3 kasih :P

Biskut/Kek Lapis Cheese


Assalamualaikum wbt,

Dah bersawang berkulat rupanya blog ni..uwaa mahapkan saya ye 
blog kesayangan... Semenjak dkt office semua nak blocked, susah nak update blog :(
sob3 T____________T

ni gigihkan juga nak update....sesiapa yg rindu tu boleh la try resipi abru 
(hahahha bajet retis la tu nak ade org rindu3 :P)

Dah3, malas nak celoteh bagai, jommm zassss~







✿ RESIPI : Biskut/Kek Lapis Cheese ✿

Bahan A :
Biskut marrie perisa coklat or coffee
200ml susu segar

Bahan B :
250gm Cream cheese
20ml Susu Segar
1/4 cwn gula castor
1 sudu butter (unsalted, nak salted pon x kisah..ikut selera)


Cara :
1. BAHAN B --> Cream Cheese + Gula pukul sampai kembang, then masukkan butter pukul lagik.....then masukkan susu pelan2 then pukul lagik....jgn pukul kekuat tau, cian cheese tu, sakit nanti :P wh tu gurau jek :P pukul sampai kembang ye ^__^

2. BAHAN A --> Panaskan susu segar td. Dah panaskan, celup biskut sekeping dalam sesaat then susun dalam loyang (den pakai loyang 6"x6"), dah susun biskut biskut tu, sapukan BAHAN A atasnyer.....

Ulang la proses melayer td sampai habis cheese tu...kui3 then nak kasi comey sket, kisar biskut sekeping dua + serbuk milo sket +serbuk nescafe sket atas layer cheese yg last tu :P


Sejukkan dalam esbox (bukan XBOX) 6-8 jam sampai keras la...potong dan MAKANNNNN ~

Thursday, 11 August 2011

RaMaDhAn kE 4 : SoToNg UDaNg aSaM ReBus


Assalamualaikum wbt,

Layan jek la... resipi next3 time k.. sbb xde mood nak update resipi~ hhahaha~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿