Followers

Monday 18 July 2011

✿ RoTi JaLa & KaRi AyAm ✿


Assalamualaikum wbt,

Ish ish..ade org sound nuyul sbb tak upload resipi baru..hahahha..lawak kan? ey saya bukan popesenel la..saya uplaod kalau ade resipi baru nak share je (padehal dah lame tak upload sbb kekangan masa).. banyak gamba dalam kamera tp xsempat la cik akak3 sekalian...

Ok now nuyul pilih resipi roti jala yang sempat dijala untuk sarapan ahad semalam. Ini pun bile En Suami merequest nak makan roti jala.. ^^ Nuyul bancuh then die sibuk la nak menebar jala nya. Apa lagi? org nak bantu kite biar jek la.. Bagus jugak ada pembantu ni..hehe..so bila jala dah ade si penebar, nuyul pun ambil alih tugas untuk sediakan kari ayam.. heheh ^^ 

Bila dah siap, hidang dan minum dengan teh 'o' panas3... sedapnyer la weiii~~ ^^ satu adunan ni habis di bantai oleh nuyul dan suami.. si kenit tu makan 3 ketul je.... yang banyak makan tentulah org yg mengidam tu ( En Suami) hahahahah~

Ok dah panjang bebel ni.. jom layan resipi ~

Resipi ikhlas : Senduk Nuyul


✿ RESIPI : Roti Jala ✿

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar (tak nak pakai susu segar boleh ganti dengan air / 1 cwn air + 1cwn susu segar)
1 biji telur
1 sudu garam
pewarna kuning

Cara-cara :
1. Blender semua bahan tadi hingga hancur elok.
2. Boleh tebar atas kuali leper (pan). ^^ Then boleh la gulung atau lipat tiga segi ikut masing3 nyer suke.


✿ RESIPI : Kari Ayam ✿

Bahan-bahan :
setengah ekor ayam (potong kecil)
sepeket santan (nuyul guna santan kotak kecik je)
4 ulas bwng merah
2 ulas bwg putih
2 biji kentang (potong dadu)
daun kari
rempah kari ayam/daging
garam
air

Cara-cara :
1. Tumbuk bwg merah, bwg putih dan tumis bersama-sama daun kari hingga garing.
2. masukkan rempah akri yg dah dibancuh dengan air sikit.
3. Bila rempah dah garing, masukkan santan dan air (air ikut la korang suke kari pekat atau cair)
4. Then masukkan ayam dan kentang serta garam. Biarkan kari masak elok ayam empuk..kentang empuk. Tadaaaa~ boleh hidangkan k.

 

Okies..simple dan mudah kan...???


selamat mencuba... ^^

Monday 4 July 2011

✿ KeRaBu MaNgGa ✿


Assalamualaikum wbt,


Sambungan dari entry kari ikan sagai ... lauk sampingan untuk dimakan bersama3 kari.. yummy~ dua hari berturut3 buat kerabu mangga... ^^


Layan~



Resipi ikhlas : Senduk Nuyul

✿ Bahan-bahan ✿


4 biji mangga muda (sedang3 kot)
2 batang bunga kantan
5 batang cili api (sape x suka pedas kurangkan, begitu jugak sebaliknya)
1 batang lada merah
1 bawang besar
1 biji limau kasturi
sedikit udang geragau
garam 
gula
**sape suka kacang tanah, boleh tumbuk..nuyul x suke..so tak letak :P


✿ Cara-cara ✿
1. Hiris mangga, bunga kantan, bawang, lada merah, cili api
2. Gaulkan semua bhana dengan garam, gula dan udang geragau dan perahkan sedikit limau kasturi
3. sejukkan dalam fridge sebelum makan..sedap wo0o0o~ slurppp~


p/s : nuyul gaulkan sikit dengan sambal belacan..mmg terangkat la~ :P (ni tips dari mak nuyul)



ENJOY~

✿ kAri iKaN sAgAi ✿


Assalamualaikum wbt,


nak cerita sikit...dari kecik sampai tua bangka nimmg TAK SUKA makan kari ikan.. hahahha~


tapi ade one day tu my mum masak KARI IKAN SAGAI. try la rase... PANGGGGGG !! (bukan kene tampar la) terus jatuh cinta dengan kari ikan sagai... susah nak tengok nuyul tambah ansi 2kali..hari tu bukan 2kali..hampir 3kali.. hahahah..


COP COP !! ikan sagai ikan ape??? kenapa ikan sagai?? hahaha org johor je panggil ikan ni ikan sagai.isi die manis wo0o0..lembut..tekstur die halus...yummy~... hehe~


ade negeri3 panggil ikan ni ikan nyok3...^^ haha..nak tau macam mana rupa ikan nyok3 @ ikan sagai?? sila tanya EN Gugel okey ^^




Percaya x? seekor ikan sagai saiz sederhana habis di baham oleh saya dan en suami.. AJAIB?? sedap wo0o0o0~ pekena pulak dengan kerabu mangga dan sambal belacan.. MasyaAllah... tak terucap dengan kata3 la.. :P


Jom la layan resipi ikan sagai versi nuyul ~

Resipi ikhlas : Senduk Nuyul


keterujaan makan kari ni sampai lupa snap gamba lain..
so layan jek la gamba kari ni dalam periuk.. hahaha~
✿ Bahan-bahan (seekor ikan sagai bersaiz sederhana) ✿


5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
santan (dari sebiji kelapa) - nuyul beli santan dan siap perah kt kedai. bukan santan kotak tau.
daun kari
1 1/2 paket serbuk kari ikan - nuyul suka babas ^^ ..bancuh dengan air sikit
2 biji tomato
4 batang bendi
Lada merah (belah dua)**optional
garam
air


Cara-cara ✿


1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama daun kari. Bila dah bau harum dan kekuning2an, masukkan bancuhan rempah kari dan tumis hingga garing.
3. Dah garing,masukkan santan tadi dan tambah sikit air (x tau nak cakap banyak mana.. nuyul suka pekat3 sikit, sedang3 la.. karang pekat sangat cirbir pulak :P)
4. Terjunkan ikan sagai tadi (potong la ye, jgn pulak terjukan sekor bulat3)
5. Agak3 dah mendidih, masukkan tomato,bendi dan lada merah tadi.
6. Letakkan garam secukup rasa.


Selamat mencuba~

✿ ReD vELvEt CuPpiEs ✿


Assalamualaikum wbt,



huhuhu~ m00d masih agak kurang memberangsangkan...actuallly ni last week punye cuppies..tp sbb last week dilanda angin ribut taufan dekat office :P so terbawak3 kemalasan nak update blog.


Mesti ramai yg tanya angin ribut taufan?? dekat mana?? office dekat mana??
hahaha..biasalah kalau kerja, ade je yg tak akan puas hati dengan kita..lagi3 kalau diri ni kene berlaku adil kpd 2pihak..ceit~
mmg rase sgt susah..haish...lagi3 bile ade org yg suka mencari kesalahan dan xnak hormat org lain~ 


eh okeyla..malas nak cerita panjang3..hehehe~ baik layan resipi cuppies yg comel ni~ ^^ Kak Nor, nuyul izin share ye




Resipi ikhlas : Senduk Nuyul
Resipi Asal : Kak Nor



✿ Bahan-bahan ✿


5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Merah
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu makan bicarbonate of soda 
1 sudu makan cuka makan



Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.


✿ Cara-cara ✿


1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam acuan cuppies, dan bakar dalam 5-10 minit.



CREAM CHEESE :
250 gram krim keju Phillidephia
1/2 cawan whipping cream
sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk




Boleh hias dengan pelbagai cara tau cuppies tu. Nuyul just paipkan creamcheese tu atas cuppies then serbuk cupcake yg nuyul ramas3 bg hancur, ^^ dengan letak potongan badam ... ^^ mmg syedapppp~


nota : kali ni nuyul terlupa icing tu ..so creamcheese agak tawar T__T nasib baik blend rase dgn kemanisan buah cuppies dan almond..heu~ masih syeedap
bekalan ke opis ^^
Selamat mencuba~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿