Followers

Wednesday 23 March 2011

✿ StRaWbErRy rOLL cAkE ✿



Assalamualaikum wbt,




hehe.. terliur tak tengok gamba kat atas tu??? ^__^
itulah Strawberry Roll Cake peberet my lil Hero.. apa3 juga yang ade strawberry atas/dalam/tepi/bawah akan menjadi pooojaan hati die..


actually SRC ni nuyul buat petang tadi. Sambil masak sambal sotong dan pizza kobis (ala3 telur dadar, cuma tambah hirisan halus kobis, kicap cair, black pepper sikit..dah masak sapukan sos lada hitam dan mayonis ^_^ makan panas3.. dapnyeee )


ni lah pizza kobisku .. he3


dah melalut dah cerita pasal pizza kobis plak :P
malas nak cerita panjang...layannnn resipi kat bawah...


Resipi ikhlas dari : SendukNuyul
resipi asal dari Kak Hana


✿ Bahan-bahan ✿

--Roll Cake
3 biji telur (size M)
60g gula
50g tepung gandum - ayak
1 sudu kecil esen vanila (optional)

--Filling
150ml whipping cream 
1 sudu besar gula
2sudu besar jem stoberi
Beberapa biji strawberry - potong kecil





✿ Cara-cara ✿

Panaskan oven suhu 180.

Pukul telur dan juga esen vanila hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu.

Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10-15min. Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi. Terpulang nak buat nipis atau tebal dan bergantung kepada saiz loyang masing




Untuk membuat filling - Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. kemudian masukkan puree strawberry dan kacau sebati. 




Sapukan filling ke atas kek, kemudian kelar sedikit tanpa putus agar mudah untuk menggulung, taburkan buah strawberry yang telah dipotong2.. kemudian gulung dengan kemas.


kalau dah siap, hiaskan atas SRC tadi ikut citarasa sendiri. Nuyul hiaskan dengan lebihan filling tadi tabur sikit buah strawberry... ingat nak letak coklat tabur.. tp pikir3 macam mencacatkan kaler plak.. putih merah dah cukup awesome dah.. ^__^

Layankan gamba3 lain dan selamat mencuba. Salam.


ni lepas siap digulung..yummy..

lagi gamba SRC

hidangan makan malam dan pencuci mulut




tengok En Suami makan yum yum.. minum pulak air Roselle
(pati khas buatan ibu mertuaku.. roselle tanam tepi rumah)





✿ sHoPpiNg tiMe ✿


Assalamualaikum wbt,


Entry kali ni agak best kot bagi para3 ibu @ isteri @ wanita.. ^_^ bukan apa, nuyul rasa semua wanita3 kt dunia ni suka shopping !! lagi3 bile tgh tension ke, shopping la peneman setia.. huhu~~ (kalau En Suami bace entry ni sure tersenyum lebar.. sure dia angguh 14ratus kali.. he3)


Sejak jadi mak orang ni, nuyul sangat suke collect pinggan mangkuk yang unik3 dan berbentuk3 ni. suke jugak masak3 kek ke, dessert ke..ish3 mmg suke la. Lagi3 la rumah skrg berkeliaran shopping3 market sekeliling, adusss lagi la meroyan dibuatnya. :P


Ni nuyul nak share latest nuyul g shopping pinggan magkuk dgn kat mana tempat nuyul selalu shopping barang3 buat cake/dessert/muffin/roti/pizza etc la... huhuhu~~


1st Nuyul nak share tempat nuyul selalu shopping brg3 buat cake etc ni. nuyul selalu pergi seminggu mesti ade g sekali... ^_^ .. Nama kedai ni : Bake With Yen .
Kedai ni HQ die kat Bandar Puteri, Puchong. Memang dekat sgt3 dgn rumah nuyul, mmg tersenyum lebar la kalau pergi kedai ni... ^____________^ die ade outlets, sila la gugel ye... huhuh~~
Seriously kalau masuk kedai ni nuyul automatik jadi sawan. hahahaha~~ konon sebelum pergi, cakap dalam hati, "ok, budget nak  tepung ngan whipping cream je".. 


TAPI, bile masuk je mulalah semua cita3 @ plan nak beli yg wajib tu lebur... Lepastu mula la angkut bakul, masukkan itu ini itu ini... he3.... selalu  En Suami kalau teman dekat sejam nuyul duduk dalam kedai tu.. seriously banyak sgt3 keperluan..boleh dikatakan semua ada la dalam kedai tu...dari sekecik3 benda sampai ke periuk belanga... hahahaha...segala tok nenek tepung, cheese, pewarna, perasa, coklat, kekacang.. isk3 macam3 la.... korang pergi la sendiri mesti sawan gak mcm nuyul.. :P


Ok tak bebel banyak3, jom cuci mata tengok nuyul shopping apa kt kedai ni.


nuyul beli tepung cake, tepung roti, bread softener, strawberry paste,
lemon paste, bay leaves, basil, agar3 powder & gelatine. ^_^
ni semua stok3... senang nak masak3 nanti...

disposable piping bag, aluminium pie tray, whisk (sbb hilang yg lame),
 aluminium foil,candle3 (saje je beli..gatai), paper doiley, greaseproof paper, pallete knife (senang nak solek kek)

Edible image untuk si Kenit saya... nanti nak buat cake khas
upin ipin untuk die.. cari edible image Barney tak de pulak...


tu la yang nuyul shopping kan dekat kedai tu.. puas hati.. mmg best simpan3 stok ni, kalau nak main masak3 tak payah keluar3 g cari lagi... semua ade...hahaha.. (tapi nanti mesti cari alasan barang xcukup dekat En Suami, sbb nak g kedai ni lagi) hahahhahaa


2nd story nuyul g DAISO. Nuyul g kat ioi mall puchong.. korang tau x kedai DAISO??. semua barang3 dijual dengan harga RM5.. lepas tu sungguh la banyakkkkkkkk barang3.. mostly barang3 die dari Japan. Seperti biasa kononya pergi sini sebab nak cari pinggan untuk hidangkan strawberry roll cakes untuk petang ni, TAPI... jeng3... seperti biasa, naluri untuk menghabiskan duit mesti datang... 

banyak sgt pinggan cute3 terpampang depan mata, takkan la nuyul nak diam je... hahhhaa... lepastu namapk pulak acrylic ice cream cup yang mmg dah lame nuyul cari, apa lagi..mmg sauk la 6biji... nuyul cari cup ni sbb nak buat triffle dalam tu, senang nak hidang kt tetamu yg datang... cumel3 je dalam tu...

jom la jengah apa nuyul beli.... huhuh~~ tak saba nak pergi lagi kedai ni.. ada banayk yag ditarget lagi td... :P

banyak tak pinggan magkuk nuyul beli... koleksi ni..
baru la nuyul faham perasaan mak3 kita suke collect pinggan mangkuk ^_^

yang ni nuyul beli sbb die BEST.. kenapa? sebab die boleh masuk oven, microwave.
so senang nuyul nak buat pie ke.. baked macaroni chez ke... mcm3 la..
nuyul beli 2biji mangkuk ni.... ^____^

tengok 3... best3 kan ciri3 die... 

cumel~~

cume die xley masuk oven je.. microwave buley~~ best jugak~

Ni la acrylic cup yang menjadi pooojaaaan hatiku.. huk3
xsabar nak buat triffle letak dalam ni...

ni gatai beli sbb b4 diz ade jenis yg panjang, beli kt IKEA..
ni pon boleh letak triffle, yg ni kaca.... kaki die panjang sikit... hu3


OK kawan3..penat dah berceloteh panjang.. kejap lagi nak masak Sambal Sotong dgn buat dessert Strawberry Roll Cakes utk minum petang...

terima kasih sebab sudi membaca dan Salam.... ^_____________^











Tuesday 22 March 2011

✿ SteW dAgiNg ✿


Assalamualaikum wbt,


Memandangkan nuyul cuti lama, so bolehlah nuyul main masak3 kt dapur tu. Bila kenit aka Adam dah g skool, nuyul pon bolehlah masak dengan hati yg senang.. eh, bukan selama ni xsenang, cuma banyak sgt pembantu nak tolong. he3 ^_^


okeh, menu lunch hari ni nuyul masak STEW DAGING.. actually resipi ni nuyul belajar dari Kak Hana...


 

cuma ada tukar sikit3 je ikut tekak nuyul... he3 sedap sgt stew daging ni, lagi3 kalau makan dengan nasi panas3.. mmg marbelessss la... ^_^


okeh jom jengah resipi kat bawah..bebel panjang3 p0n x gune, korang mesti scroll terus ke resipi bawah :P


Resipi ikhlas dari : Senduk Nuyul


1st Step : Kene sediakan pes bawang


✿ Bahan-bahan ✿
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris (nuyul buat dalam 5bj)
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua (nuyul buat dalam 1 labu)
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
✿ Cara-cara ✿
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....simpan dalam botol dan simpan dalam peti ais.


 

 2nd Step : Stew Daging
✿ Bahan-bahan ✿
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay *optional* (nuyul xletak pon sbb susah nak cari daun ni)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (nuyul bubuh dekat 2 sudu besar.. sbb suke pedas3 sikit)
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
✿ Cara-cara ✿
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.

  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit). nuyul masak dalam 45 minit je.... guna periuk biasa...
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.







✿ TIPS ✿ Kak Hana pernah pesan, kalau tak nak guna sebarang perasa(MSG/stok ayam) dlm masakan boleh replace dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.
Thanks kak hana resipi sedap ni ^_^ adam mmg suke sgt3...

SELAMAT MENCUBA ^^

✿ ApAm pOLkAdOt ✿


Assalamualaikum wbt,


^_^ 1st resipi nuyul nak share "APAM POLKADOT". Actually nuyul buat apam ni last weekend lepas discharged dari ward. teringin tengok kawan (jila) buat.. dah la baru keluar wad, biasalah org sakit ni kadang3 terigin nak makan mcm3..kadang3 tak nak makan lansung... tapi nuyul buat je, makan nye seketul dua je..yang lain hero3 kt rumah habeskan..




mula3 ingat nak buat sekali kukus je, balance adunan nak simpan utk minum ptg esoknya pulak. Tapi bila angkat je..ZaaaassSSsss HABES.. siap En Suami cakap, " kukus la lagi, kali ni buh filling coklat pulak"
urmm gud idea jugak.. tak sangka tinggi gak selera En Suami ni.....


so nuyul pun kukus la kali kedua buh filling coklat ^_^ nuyul gune jem nuttela je... oooppss lupa nak cakap, 1st tu nuyul buh filling strawberry jam. teringat pulak mase g holiday kt sane ade beli jam, tp sampai sudah tak guna.. ^_^


ok, nak resipi nyer... "SeLaMaT MenCuBa"

✿ Bahan-bahan ✿
Resipi ikhlas dari : Senduk Nuyul


3 biji telur - dari peti sejuk

275 gm tepung gandum 

220 gm gula halus - ( nuyul kurangkan sikit sebab xbrape suka manis. kalau nak campur whipping cream pon boleh)

150gm susu segar/susu cair 

3 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil ovallete 

Filling blueberry/starwbery/coklat secukupnya (masukkan ke dalam piping bag/plastik -pandai3 la adjust) 


Pewarna pilihan masing3

✿ Cara-cara ✿

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. ( sampai kembang, jangan kejap sangat nanti bantat pulak apam tu)



optional : * Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa. 


Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). cth mcm nuyul buat di bawah. ^_^




Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.



Nuyul susun acuan kuih lompang tu, then masukkan cawan kertas kecil dalam tu.. nanti bile die masak takdela herot berot apam tu. jadi chumel~ je nanti. ^_^





Picitkan blueberry/starwbery filling secukupnya.

Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.






Kukus didalam kukusan ( api sederhana) yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.





**inilah hasil selepas dikukus.. maaf gamba tak de kualiti sebab pakai henpon je



✿ TIPS ✿
Panaskan dalam 5-10 minit dulu pengukus tu.


Jangan buka api besar semasa mengukus.  Guna api sederhana je ^_^














Assalamualaikum



Assalamualaikum wbt


"Bukan minta dipuji, apatah lagi dikeji, Sekadar untuk berkongsi ilmu dalam diri"


hehe..cumel tak words3 tu... mlm td sebelum tido terpikir ape la kate3 khas utk blog ni... then terlintas nak letak tu. ^^ tak kesahlah suke ke tak, yg penting saya happy...
korang3 yg baca pon kene suke jugak taw (sila angguk 14ratus kali) ^^


firstly nak cakap terima kasih pada semua kawan3 yg sudi nak try resipi3 nuyul..
bukan apa, sebelom ni masak3 untuk tekak suami dan anak3 (eh anak nuyul baru sorang,xpe3 utk bacaan masa depan my b on that time da 2-3org.. he3... insyaAllah)


actually bukan original resipi dari nuyul, nuyul pon try gak resipi3 kakak3 blogger lain..
mane yg sedap, nuyul kongsi ngan kawan3..bukan apa, xsemua resipi3 kt tenet ni sedap dn senang kan? (sila angguk kwn3)


nuyul suke cuba masakan yg simple dan sedap.. sbb nuyul ni salah sorang wanita, ibu, isteri yg bekerjaya..so masa agak limited utk masak memasak ni... tp kalau tiba hujung minggu, mmg nuyul balun habes masak sedap3.. *perasan kejap*


eh ! dah panjang pulak bebelan pembukaan...


akhir sekali, apa yang nuyul akan p0st kat blog ni hanya secebis ilmu yang ada dalam diri. segala kekurangan datang ikhlas dari nuyul.. harap semua yang akan follow blog ni akan gembira dengan ilmu yg nuyul ada... 


akhir kata (eh, td akhir sekali laaa ^^),


terima kasih semua..... muacx ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
 

Copyright © 2011 sPeciAL f0r ✿ SeNdUk NuYuL ✿